Saturday, January 2, 2010

PESANAN UNTUK GURU

Guru seorang pendidik. Jawatan yang disandang, mahu tidak mahu ianya merupakan suatu tanggungjawab dan amanah yang diberikan untuk mendidikan anak bangsa. Keperihatinan guru amat dituntut untuk mendidikan murid mencapai kejayaan cemerlang dalam semua aspek. Justeru itu seorang pendidik perlu ada sifat bertanggungjawab, bersedia memberikan sumbangan dan sedia berkorban.

Semoga semua guru Malaysia menjadi seorang guru yang komited, dedikasi, kreatif, inovatif dan berfikiran terbuka menghadapi cabaran mendidik.

Sekian, selamat bertugas.

Sesi Persekolahan Tahun 2010

3 Januari / 4 Januari 2010, persekolahan bermula.
Terdapat pelajar yang telah bersedia untuk ke sekolah sama ada dari segi mental dan fizikal.
Namun begitu terdapat juga segelintir yang masih lagi leka dan kurang berminat untuk ke sekolah. Fenomena ini, banyak dipengaruhi keadaan persekitaran dan juga peranan ibu bapa menggalakkan anak mereka ke sekolah. Keperihatinan ibu bapa terhadap pelajaran anak mereka akan meningkatkan kualiti pendidikan. Perkara ini berlaku secara tidak langsung, yang akan meningkatkan keperihatinan guru-guru terhadap pelajar mereka.

Diharap persekolahan tahun 2010 akan membawa makna yang besar kepada guru, pelajar dan ibu bapa.